Wednesday 25 February 2015

Syarat KWAPM & RMT


KADAR KELAYAKAN  BARU   
KWAPM - Pendapatan Bulanan RM 830, perkapita tanggungan RM210
RMT      - Pendapatan Bulanan RM 520, perkapita tanggungan RM130
PIHAK SEKOLAH AKAN BUAT PEMILIHAN YANG BETUL YANG LAYAK SAHAJA, ELAKAN PEMBERIAN BANTUAN ATAS DASAR KESIAN ATAU LAIN-LAIN KERANA PEMBERIAN BANTUAN-BANTUAN  INI MELIBATKAN WANG KERAJAAN.

Permohonan perlu dibuat setiap tahun dengan mengisi Borang Permohonan KWAPM/RMT di peringkat sekolah beserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-
a) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga dan isteri 
b) Salinan sijil lahir murid/kad pengenalan pelajar
c) Salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan)
d) Salinan sijil penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
e) Surat pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkaitan)
HARAP MAKLUM, SEKIAN TERIMA KASIH.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.

Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

No comments:

Post a Comment