MURID BUKAN WARGANEGARA (WARGA ASING)
18. Adakah murid yang mempunyai taraf Pemastautin Sementara yang mana tarikh luput 2013 boleh diberi kebenaran belajar?
Permohonan murid yang bertaraf pemastautin sementara hendaklah dirujuk kepada penasihat undang-undang, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat pandangan sebelum diberi kelulusan. Kebiasaannya kelulusan diberi dengan bersyarat sehingga tarikh luput yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan dikenakan bayaran fee.
19. Adakah murid yang di bawah Malaysia My Second Home boleh diberi kebenaran belajar?
Permohonan murid tersebut boleh diproses kelulusan tetapi hendaklah diangkat permohonannya untuk kelulusan Menteri.
20. Adakah murid yang ibu atau bapanya mempunyai pas perjalanan Temporary Employment boleh diluluskan belajar di sekolah kerajaan?
Sekiranya ibu atau bapanya adalah dari kumpulan profesional dan disertakan bersama surat majikan yang mengesahkan lama tempoh bekerja dan jumlah pendapatan RM 3000.00 sebulan dan ke atas. Kebenaran belajar boleh diberikan dengan syarat memiliki pas pelajar dan dikenakan bayaran fee.
21. Murid yang dijaga oleh penjaga:
Pengesahan hak penjagaan kepada penjaga hendaklah dari pihak mahkamah atau surat anak angkat. Surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh digunakan sebagai pengesahan hak penjagaan.
>> sumber info
>> sumber info
No comments:
Post a Comment