Thursday 26 February 2015

TUGAS UNIT HEM

Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran, kemasukan, penempatan dan pertukaran murid.

  • Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
  • Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
  • Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi BukuTeks, Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan pelajar, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
  • Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
  • Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
  • Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.

Carian Info Murid

Wednesday 25 February 2015

Isu Murid BUKAN Warga

MURID BUKAN WARGANEGARA (WARGA ASING)

18.  Adakah murid  yang mempunyai taraf Pemastautin Sementara yang mana  tarikh luput 2013  boleh diberi kebenaran belajar?
Permohonan murid yang bertaraf pemastautin sementara hendaklah dirujuk kepada penasihat undang-undang, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat pandangan sebelum diberi kelulusan.  Kebiasaannya kelulusan diberi dengan bersyarat sehingga tarikh luput yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan dikenakan bayaran fee.
19.  Adakah murid yang di bawah Malaysia My Second Home boleh diberi kebenaran belajar?
Permohonan murid tersebut boleh diproses kelulusan tetapi hendaklah  diangkat permohonannya  untuk kelulusan Menteri.
 20.  Adakah murid yang ibu atau bapanya mempunyai  pas perjalanan  Temporary Employment boleh diluluskan belajar di sekolah kerajaan?
Sekiranya ibu atau bapanya adalah dari kumpulan profesional dan disertakan bersama surat majikan yang mengesahkan lama tempoh  bekerja  dan  jumlah pendapatan RM 3000.00 sebulan dan ke atas. Kebenaran belajar boleh diberikan dengan syarat memiliki pas pelajar dan  dikenakan bayaran fee.
 21.  Murid yang dijaga oleh  penjaga:
Pengesahan hak penjagaan kepada penjaga hendaklah dari pihak mahkamah  atau  surat anak angkat. Surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh digunakan sebagai pengesahan hak penjagaan.

>> sumber info

Dokumentasi Pertukaran Murid Warga

DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBUBAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1. 1 Salinan Borang P.U.A (275) (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)

7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)

Syarat KWAPM & RMT


KADAR KELAYAKAN  BARU   
KWAPM - Pendapatan Bulanan RM 830, perkapita tanggungan RM210
RMT      - Pendapatan Bulanan RM 520, perkapita tanggungan RM130
PIHAK SEKOLAH AKAN BUAT PEMILIHAN YANG BETUL YANG LAYAK SAHAJA, ELAKAN PEMBERIAN BANTUAN ATAS DASAR KESIAN ATAU LAIN-LAIN KERANA PEMBERIAN BANTUAN-BANTUAN  INI MELIBATKAN WANG KERAJAAN.

Permohonan perlu dibuat setiap tahun dengan mengisi Borang Permohonan KWAPM/RMT di peringkat sekolah beserta dokumen-dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:-
a) Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga dan isteri 
b) Salinan sijil lahir murid/kad pengenalan pelajar
c) Salinan sijil kematian ibu bapa/penjaga (jika berkaitan)
d) Salinan sijil penceraian ibu bapa (jika berkaitan)
e) Surat pengesahan anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika berkaitan)
HARAP MAKLUM, SEKIAN TERIMA KASIH.

Selamat Datang Guru Besar Cemerlang, Puan Mynah Binti Hj Relay

Tahniah dan Selamat Datang kepada Puan Mynah Binti Hj Relay sebagai Pentadbir Baru SK Lahad Datu II











Setinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada En. Kassah bin Masrah selama menjadi Pentadbir di SK Lahad Datu II - Jasa Mu Tetap DiKenang!