Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosio-ekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran ialah melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kata-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Intensiti gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut.
Friday 22 May 2015
Thursday 21 May 2015
PIBG aktif bangun sahsiah sekolah pacu pelajar
Ibu bapa perlu faham bahawa PIBG badan yang sah ditubuhkan sebagai penghubung antara ibu bapa, guru, sekolah, masyarakat dan pelajar. Komitmen, kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak berkepentingan seperti masyarakat, ibu bapa, pelajar dan guru amat penting dalam memantapkan kecemerlangan pelajar selaku individu yang mampu menyumbang dan memajukan masyarakat.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/43002
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/43002
Tuesday 3 March 2015
Pendaftaran Tahun Satu 2016
Bagi yang mendaftar pada tahun 2016 (Tarikh penting) Untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010, murid yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 untuk sesi persekolahan 2016 nanti (Pendaftaran bagi sesi 2016 akan berterusan disekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran)
Sila buat perakuan Permohonan Pendaftaran di sekolah di mana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran
Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 15 Julai 2015
Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015
Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2015 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon.
Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2015.
Dokumen yang diperlukan :-
> Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
> Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
> Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
> Sijil Asal Nikah dan Salinan Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan
**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan. Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2015/2016 ini juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia .
Dokumen yang diperlukan :-
> Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
> Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
> Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
> Sijil Asal Nikah dan Salinan Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan
**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan. Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2015/2016 ini juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia .
Thursday 26 February 2015
TUGAS UNIT HEM
- Menyelia mengenai kehadiran murid ke sekolah.
- Menggubal dan menguatkuasa peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu mengkaji semula dari masa ke semasa.
- Menyedia dan menyelia kemudahan dan kebajikan murid dari segi BukuTeks, Rancangan Makanan Tambahan, Bimbingan dan Kaunseling,keselamatan pelajar, pemeriksaan kesihatan dan gigi serta sebarang jenis bantuan.
- Menyelia dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Kesihatan, juga dapat memberi perkhidmatan serta layanan sewajarnya kepada pengguna.
- Menyelia dan menyelaras pengeluaran/pemberian surat-surat akuan, sijil-sijil penghargaan dan sijil berhenti sekolah.
- Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat.
Wednesday 25 February 2015
Isu Murid BUKAN Warga
MURID BUKAN WARGANEGARA (WARGA ASING)
18. Adakah murid yang mempunyai taraf Pemastautin Sementara yang mana tarikh luput 2013 boleh diberi kebenaran belajar?
Permohonan murid yang bertaraf pemastautin sementara hendaklah dirujuk kepada penasihat undang-undang, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapat pandangan sebelum diberi kelulusan. Kebiasaannya kelulusan diberi dengan bersyarat sehingga tarikh luput yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan dikenakan bayaran fee.
19. Adakah murid yang di bawah Malaysia My Second Home boleh diberi kebenaran belajar?
Permohonan murid tersebut boleh diproses kelulusan tetapi hendaklah diangkat permohonannya untuk kelulusan Menteri.
20. Adakah murid yang ibu atau bapanya mempunyai pas perjalanan Temporary Employment boleh diluluskan belajar di sekolah kerajaan?
Sekiranya ibu atau bapanya adalah dari kumpulan profesional dan disertakan bersama surat majikan yang mengesahkan lama tempoh bekerja dan jumlah pendapatan RM 3000.00 sebulan dan ke atas. Kebenaran belajar boleh diberikan dengan syarat memiliki pas pelajar dan dikenakan bayaran fee.
21. Murid yang dijaga oleh penjaga:
Pengesahan hak penjagaan kepada penjaga hendaklah dari pihak mahkamah atau surat anak angkat. Surat akuan dari Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh digunakan sebagai pengesahan hak penjagaan.
>> sumber info
>> sumber info
Dokumentasi Pertukaran Murid Warga
DOKUMEN URUSAN PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PERLU DIKEMUKA OLEH IBUBAPA / PENJAGA KEPADA PIHAK SEKOLAH
1. 1 Salinan Borang P.U.A (275) (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)
1. 1 Salinan Borang P.U.A (275) (diisi ibubapa/penjaga)
2. 2 Salinan surat beranak
3. 2 Salinan IC ibubapa/penjaga
4. 2 Salinan surat nikah
5. 2 Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. 2 Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Bil air/letrik/cukai pintu (sah alamat terkini)
Subscribe to:
Posts (Atom)