Bagi yang mendaftar pada tahun 2016 (Tarikh penting) Untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2009 dan 2010, murid yang lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 untuk sesi persekolahan 2016 nanti (Pendaftaran bagi sesi 2016 akan berterusan disekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran)
Sila buat perakuan Permohonan Pendaftaran di sekolah di mana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran
Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 15 Julai 2015
Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015
Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2015 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon.
Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2015.
Dokumen yang diperlukan :-
> Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
> Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
> Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
> Sijil Asal Nikah dan Salinan
Bil Api/Air/Astro/Telefon berserta salinan
**Sesudah pendaftaran dilakukan, pihak sekolah akan cop belakang surat beranak untuk pengesahan.
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2015/2016 ini juga boleh dibuat secara online internet melalui laman Sekolah Malaysia .